Thursday, May 20, 2010

Muzium Perak

Pernah ke nkorang sume ke Muzium Perak? Ha ..tu la ..sebut jer muzium yg biasa terlintas Muzium Taiping. Ye la..biasanya kalau ke Zoo Taiping..singgah pulak di Muzium kat sana..baru lengkap perjalanan tu. Tapi Muzium Perak di Ipoh..aku sendiri sebelum ini belum pernah tahu patah lagi masuk meninjau-nijau...sehinggalah pada satu hari..tahun lepas.

Hari tu aku ke Pejabat SUK Negeri Perak di Ipoh atas satu urusan. abis semua 'askar' aku angkut sekali..ye la lepas tu boleh la round pekan Ipoh..alaa round pun habis kuat Tesco atau ke JJ jer. Aku mana pernah masuk ke Bangunan SUK tu..memusing gak cari parking. Last last termasuk kat kawasan sebellah bangunan SUK..line clear..boleh parking. Rupanya itulah dia Muzium Perak. Lengang jer..kosong tidak berpengunjung..cuma ada sorang Pak Guard kat situ. "Boleh masuk ke?", aku bersuara..ye la mana tau hari ni x leh masuk..sebab tu kot lengang jer. "Boleh", balas Pak Guard tu.

Hah..cantik tu. Hah kome..sementara abah gi Pejabat SUK boleh le meninjau-ninjau dalam muzium tu dengan ibu. Anak dan isteriku okay jer..ye lah kalau nak ikut masuk SUK pun buat ape..penat menapak jer..bangunan punye la besor..nak masuk pun kena pakai pas khas..Nasib baik aku terjumpa seorang kenalan yang bertugas di situ iaitu bapa salah seorang bekas muridku..hah ..senang keroje..kalau idak boleh sesat larat dalam tu.Yang lawaknya masuk setiap pintu rupenye kena slide kad/pas tu... Bila nak keluar jenuh aku meraba cari kunci ke punat ke kat keliling pintu tu..rupanya nak keluar pun kena pakai kad tu gak..eee malunye..nampak sangat 'kekampunganku' ..

Berbalik cerita muzium tadi..selesai segala urusan aku punkembali ke tempat kutinggalkan anak isteriku tadi..Ternampak aje bayangku..anak2 ku meluru sambil bercerita tentang apa yang ada dlm muzium tu. Best Bah..jom kita masuk lagi.. Aku menurut jer..Isteriku pula menolak utk masuk sekali lagi..Letih katanya.

Ate..memang le benor bagai dikate..macam-macam ada. Barang-barang sejarah dan bemacam-macam. Nak cerita pun tak guna..kome tengok aje le gambor..Kalu berminat nati bila kome ke Ipoh singgah le meninjau-ninjau..ye. tapi bagi yang berminat je..kalau x berminat ..jangan ..sebab kome mungkin lebih suka bawak anak2 tengok wayang kat TGV ke apa ke..he he. tapi tengok wayang berbayor..masuk sini free jer..heh heh..





3 comments:

  1. memang tak pernah pegimana-mana muzium lagi... tengok la nanti kalau berkesempatan....

    ReplyDelete
  2. dah rajin ber"blog"!!! satu perkembangan yang baik...

    ReplyDelete
  3. Boleh la co..sikit2..sementara belum pack dengan duty oum ni..nanti entahla..tajuk assignment pun dah keluar ni...

    ReplyDelete